Friday, February 21, 2014

Trip Adik beradik bujang ke Jogja (Jan 2013) Part V

Final day in Jogja.

Flight kami petang, sempatlah kita ber spa dulu sebelum terbang ke sarang Malaysia. Heee. Wajib ke spa kalau ke Indonesia ya!

Amalina recommend Kalina Spa.

I ikut aja, ayuh! :)


Tengok lah harga pakej spa kat sini, murah kan? Memang berbaloi-baloi.

Tempat pun cantik, sebijik banglo yang diubah suai jadi pusat spa.

 Kalina Spa, double storey bungalow. Source here.

Rendam kaki dulu di sini.

Servis memang tiptop dan puas hati! I siap wash & cut rambut kat sini, murah gila tak sampai RM10. Jakun sekejap. Kalaulah ada masa yang lebih lama, harus I buat hair treatment and relaxing sekali. Tapi kami kejar masa untuk ke airport, sempat ambil packej spa (massage dan lulur) selama 2 jam, tapi tetap puas hati :)

Seperti biasa, I sempat shopping lotion di Kalina Spa ni, wangi.

Selesai spa, kami terus ke bandara dan pulang ke tanah air yang dirindui. Yey! Selesai jugak entry trip adik beradik bujang ke Jogja ni. Penat jugak la mengarang dan paling penat nak ingat balik pasal trip yang dah berlalu setahun ni. Hehe. Tapi puas hati, dan bila I menulis tu, terus rasa semangat berkobar-kobar, rasa macam nak gi lagi je. Matilaaaa banyak lagi tempat yang I nak update nih, takkan semua tempat nak repeat?!

*check poket seluar yang bocor*




magnificent view of Candi Borobudur, Jogja.

TIPS: If you are going to Jogja soon, don't forget to catch the sunrise at Candi Borobudur & sunset at Parangtritis beach, I promise you won't regret!

Jogja Trip Jan 2013 :



No comments: