Thursday, February 20, 2014

Trip Adik beradik bujang ke Jogja (Jan 2013) Part IV


Plan asalnya nak sambut birthday kakak (Jan), tapi tersambut birthday I (Dec) dan Matki sekali (Feb). I memang awal-awal dah berkomplot dengan Matki nak buat surprise dekat Kakak so I suruh Matki tempah kek dan pilih tempat makan yang best dan feeling untuk celebrate birthday kakak.

Matki memilih Restoran Pasta Banget untuk dinner terakhir kami di Jogja.

Pasta Banget yuh!

Restoran ni memang best, beautiful setting ala-ala Bora Ombak and great ambience tapi I tak ambil gambar suasana dalam restoran la pulak, sebabnya gambar diambil menggunakan camera handphone je. Dah la restoran ni ambience dia romantic dengan dimmed light and candles, kami pulak tak de camera canggih nak ambil gambar but we enjoyed it here :). Thanks Matki bawak kitorang makan-makan kat sini. Kalau pi Jogja lagi wajib datang sini!

Kebanyakan yang datang ke Restoran Pasta Banget (pada masa tu la) students Universitas di sini, kira foreigners la. Orang tempatan yang datang mungkin yang kaya-kaya sajia. Harga mungkin mahal bagi local, tapi untuk kita foreigners, sememangnya murah dan berbaloi-baloi untuk standard kedai yang macam ni.

First thing first, order makan. Pasta Banget menyediakan banyak pilihan makanan barat yang lazat.

Matki sedang menunggu makanan sampai. Time ni beliau dah awal-awal hantar kek kat kitchen, nak buat surprise birthday kakak la katakan :)

My dinner; fettuccine carbonara yang sedap dan strawberry+banana+vanilla ice cream smoothie yang sedap! Sungguh lemak berkrim.

Mushroom soup. Sedap. Semua sedap. Yang ni ja sempat ambil gambar makanan. Huuu.

Sedang kami menikmati makanan, ada beberapa pengunjung dari meja lain juga menyambut hari jadi di sini. Pekerja-pekerja restoran turut sama menyanyi dan lagu Happy Birthday turut dimainkan. Kakak memang tak sedar langsung yang surprise untuk beliau bakal menjelma hihi. 

Tadaaaaaaa! Tibalah giliran meja kami pulak, pekerja-pekerja restoran datang menyanyi sambil bawak kek. Kakak memang terkejut beruk sampai nangis. I pun terkejut jugak sebab dapahal ada muka I sekali atas kek ni? Hahaha. Dengan muka anak buah kami si Naufal pun ada skali. Fyi, I pon tak sempat tengok kek ni, semua urusan tempahan dan collect kek diuruskan oleh Matki dan Amalina.

Rupa-rupanya Matki & Amalina memang plan nak celebrate birthday I sekali, sepatutnya lilin tu 28 ya, sebab birthday I kan december, baru lepas sebulan umur I 28. Takpa, dimaafkan ehehe :)

Giliran Matki plak nak tiup kek birthday beliau. Kek yang sama, lilin ja bertukar-tukar, haha! Idea Matki dan Amalina ni nak celebrate semua sekali since semua ada kat Jogja so why not?

Thank you Matki dan Amalina buat surprise kat I sekali.

Make a wish and blow the candles.
Btw, tudung I pakai tu baru dibeli petang tadi. Iklan skit heee. 

Kalau perasan kat kek tu tulis Happy B'day Umie, Wa, Aki kan? Wa adalah panggilan adik I untuk I sebab kecik-kecik dia pelat nak sebut La. La is my panggilan manja at home. Manja sangat kannnn hehe.

Happy Birthday to us.

My face on a slice of cake. Sayang nak makan.

Dan semestinya harga Edible Cake kami yang ditempah di Jogja is way cheaper than Malaysia. Alhamdulillah. We had a great night.


No comments: