Wednesday, February 19, 2014

Trip Adik beradik bujang ke Jogja (Jan 2013) Part III

Hari ke 4 di bumi Jogja. Apa plan hari ni? Shopping!

Walaupon I dengan kakak tak locate duit shopping for this trip. tapi dah nama perempuan, memang nak kena beli jugak! Tapi masih terkawal jangan risau...

Shopping di Indonesia memang best, sebabnya satu je ; matawang Indonesia lebih rendah dari Malaysia. Kakak memang awal-awal cakap nak save duit for her Jakarta-Bandung trip bulan Apr nanti, I pulak memang kurang sikit bab shopping kalau kat oversea (read:Indo) ni, sebab?

1. Penat. Huuu. Terus rasa malas. Kecuali memang trip tu khas untuk shopping trip. Tak pi mana-mana kecuali shopping!
2. Ramai orang. Hahahaha nyampah bila peniaga-peniaga dok panggil, "Belanjaaaa kak, belanjaaaaaaaaaa" Jadi rimas terus turn Off.
3. Rasa macam sama je dengan KL. Kadang-kadang harga dia letak tu mak aihhh, mahal kemain.
Tips : I akan tawar harga separuh dari harga yang dia letak. Contoh kalau telekung sembahyang tu harga IDR1 juta rupiah, tawar la sampai IDR500000.  Amboi mahalnya telekung! haha. Memang ada, tepok dada, check poket sendiri okeh!

Tapi tak tau la kot pi Europe I akan jadi gila sopping macam traveller yang konon sengkek ni?? Erks. Hihi.

Eh terbebel panjang pulak!

Kami mulakan aktiviti kami hari tu dengan memakan makanan khas Jogja dan Jawa tengah ni.

Nasi Gudeg. Read more about Nasi Gudeg here.

Siapa-siapa yang pi Jogja tapi tak makan nasi Gudeg, sila la pi Jogja balik and makan nasi ni! Buat terok kan? Haha! Tapi I memang tak boleh nak telan pun sebab ada lauk kulit sapi. Matki ja makan tanpa rasa bersalah. Terbayang sapi(lembu), euww! Tapi bila makan sate perut or kerabu perut lembu, sedap la plak kan? Mungkin tak biasa.

Lepas makan kenyang-kenyang (tak kenyang pon sebab tak lalu), ayuh ke Malioboro.

Konon nak beli baju batik, tapi yang I berkenan tu mahal sangat. Harus la berkenan yang patung pakai (selalu macam tu). End up tak beli langsung, sebab takut tak puas hati dan rasa membazir. Sempat beli t-shirt, fridge magnets and keychains (benda wajib), tudung, dan telekung sembahyang travel yang cantik. Dah banyak kali orang tanya mana I beli telekung travel kat mana, jawapannya Jogja!

Yes, sememangnya shopping di Jogja tidak semeriah shopping di Bandung, Jakarta atau Medan sekali pon. Tapi dah kata nama Indonesia, I rasa semua benda memang akan ada dijual di mana-mana.

Kata orang, kalau nak cari batik yang cantik di Jogja, telekung yang murah dan berkualiti di Padang, kain lace yang vogue d vass di Bandung, kain cotton yang murah di Vietnam (eh?!! tiba-tiba!). Hahaha, begitulah ceritanya. Tapi I rasa sekarang ni Vietnam pegang ranking kain/baju siap yang termurah. Bila tah nak gi Vietnam ni, tiket selalu mahal.. ni mesti ramai makcik-makcik pi Vietnam nak berniaga...Makcik niiiiiiiiiiiiiiiii! 

Tengok tu membebel lagi!!

Selesai urusan merayau di sekitar Malioboro, kami singgah makan di foodcourt dalam Mall dekat area Malioboro, makan nasik goreng dan baru kenyang! tadi kan tak lalu heeee. Lepas tu masuk Giant beli sweetener for Abah and Guardians beli Ammeltz Yoko Yoko. Satu lagi habit I pegi Indo suka masuk farmasi sebab ubat diorang jual secara berleluasa I plak suka membelek-belek. Best!

Masa untuk pulang. Naik keta kuda yang banyak dok tunggu kat sekitar Malioboro :). Lagi pon memang badan penat nak berjalan.

Kami di atas kereta kuda

Wajib singgah! Brownies for me,family and friends back at home.

On our way back home. Jalan kaki saja dari Amanda untuk balik ke rumah Matki. Dekat je.

Jumpa Tugu Jogja lagi on our way back home.

Nantikan update tentang sambutan hari jadi kami di Jogja!

Rasa mau terbang ke Jogja lagi tahun ni :)

No comments: