Friday, February 14, 2014

Trip Adik beradik bujang ke Jogja (Jan 2013) Part II


Selesai urut kaki, kami langsung pulang ke rumah dan berehat. First time I pegi mengurut, masseur ambil tekanan darah sebelum mengurut. Heuheuheu. Jakun sekejap.

Good morning Jogja :) 
Masa ni pukul 6 pagi waktu Jogja. Terang benderang.

Inilah kawasan perumahan Matki. Rumah dekat-dekat. Lorong kecil. Ada jugak lorong utama untuk laluan mobil. Tiba-tiba di celah lorong ada ja orang berniaga. Orang Indo memang suka berniaga kan? Masa kitorg tengah melepak tunggu supir ni pon ada orang berniaga donut. Tapi tak beli pun. Rumah Matki kat sini konsep dia macam rumah P Ramlee dalam cerita Seniman Bujang Lapuk. Ingat tak? Satu rumah, ada banyak bilik. Tapi bilik Matki ada bathroom attached, senang la kakak-kakak dia nak mandi kan?

Melalui celah-celah lorong ni boleh tembus ke Hotel POP, atas sikit dari Hotel POP tu boleh catwalk ke tugu Jogja. Dengar tugu macam gempak kan? I punya la dok bayangkan Tugu yang besar macam yang kita biasa tengok. Tapi, keciul saja.

Source Tugu Jogja

Inilah Tugu Jogja yang dimaksudkan. Rumah Matki di belakang deretan kedai-kedai tu je. Boleh jalan kaki. Sederet kedai-kedai ni jugak ada kedai brownies kegemaran, Amanda. Ada juga kedai handphone dan casings, I ada beli casing HP untuk diri sendiri dan kawan-kawan. Yang penting, murah!

Kami sempat singgah di Kraton. Kraton ni adalah muzium hidup kebudayaan jawa dan tempat tinggal Raja Jogja.

Rombongan anak-anak sekolah pun ada. Seronok tengok gelagat mereka, masing-masing buas! Jenuh cikgu nak kepung ehehe. Kalau lah I yang jadi cikgu, harus satu Kraton ni kena tempik muahahaah

Antara yang dipamerkan di dalam Muzium.

Dekat muzium ni ada tour guide percuma disediakan untuk membawa kita meneroka Kraton yang agak besar sebenarnya. Bagus ada tour guide ni, banyak info yang boleh kita dapat, daripada pi nganga, ambil gambar pastu blah. Ehhh macam selalu buat je hehe. Bagi la tips skit kat tour guide tu, kesian dia dok bercerita sorang-sorang kan?

 

Masa kat Kraton jugaklah I dapat info ni. Gunung Merapi - Kraton - Tugu - Pantai Selatan (Parangtritis) berada dalam satu garis lurus. Menarik bukan? Boleh baca selanjutnya di sini.

Selesai melawat Kraton, kami terus ke Depok, berdekatan dengan Pantai Parangtritis. Kami sampai waktu tengahari, so Matki ajak ke Pasar Depok untuk beli barang basah dan boleh suruh rumah makan kat sana masak. Pasar tu terletak di tepi pantai aje, macam tempat orang bawak naik ikan dekat Port Klang tu. Maka ke pasar la kami, dan memang kami je la foreigner kat pasar tu. Disebabkan terlalu ramai sangat peniaga yang memanggil-manggil sampai kami pening & rasa nak amukan puaka sebab rimas, kami lantas memilih satu kedai dan beli semua bahan basah kat situ. Harga? Definitely way cheaper than Malaysia!. Selesai membeli terus ke rumah makan, time ni pon diorang berebut-rebut memanggil kami supaya singgah ke rumah makan diorang. Huhu perkara biasa kalau di Indo kan?


Akhirnya kami memilih rumah makan Narotama. Sebab yang ni paling dekat dengan pantai dan agak bersih berbanding rumah makan yang lain.

View kami dari Rumah Makan Narotama.

Pantai nelayan sebenarnya, tiada orang mandi di sini. Masa ni dalam pukul 3petang, cuaca sangat panas. Sampai kan nak pijak pasir pun panas, jadi kami memilih untuk melepak di rumah makan sahaja sambil melayan angin pantai. Best jugak!


Makanan dah sampai! Inilah yang kami beli tadi, semua ni tak sampai RM50 pon! Cuma cara masakannya agak kureng, terlalu Indo bagi tekak I nak menerimanya. Apapun, tetap habis hahaha, tak baik membazir kann :)

Harus minum air kelapa kalau tepi pantai OK? Topi jangan lupa! :))

 Kak Umie pon nak feeling jugak.

Matki & Amalina

Perut dah kenyang, jum kita ke Pantai Parangtritis pula. Terletak di sebelah Depok je, dalam 5 minit naik kereta.

Pantai Parangtritis, also known as Paris by the locals.

Parangtritis, pantai nya tidak terlalu bersih tapi masih terjaga. Banyak aktiviti riadah disediakan di sini, bagi I menarik. Kalau anda ke Jogja, jangan lupa singgah di sini untuk tengok sunset. Tapi kami hari tu terkejar-kejar untuk melawat pantai yang lain, tak sempat tunggu sunset di Parangtritis. Sedih. Sebab I suka pantai ni. InsyaAllah kalau ada rejeki nak ke Parangtritis lagi untuk sunset dan naik kuda! Atv pon ada dan semestinya nak naik kuda atau ATV  harganya jauh lebih murah dari Malaysia. Tak tahulah kan kalau pantai ni di komersialkan nanti harganya akan jadi overrated seperti Bali. ^__^

 Kami memilih untuk berpiknik di sini. Tikar ini boleh disewa pada harga IDR25000 sahaja. (masa tu la, sekarang mungkin lebih mahal)


Bekal kami. Nuggets, limau dan jajan. Nuggets tu Amalina yang goreng. Matki & Amalina masih belajar di Universitas Gadjahmada masing-masing dalam jurusan Farmasi & Kedoktoran.

Tiba-tiba rasa ayat I skema sangat. Buh pi!

Lihatlah betapa ramainya umat manusia. Makin bertambah bila hari makin petang. I sebenarnya teringin nak naik kuda, tapi pakai dress la plak. Kereta kuda pon ada!

Rara, Parangtritis, Jan 2013

Selepas lebih kurang 1 jam lebih bersantai di sini, kami bergegas ke pantai yang lain. Antaranya pantai Kukup ni, lebih kurang 1 jam lebih menaiki kereta dari Pantai Parangtritis. Kena lalu kawasan bukit yang berliku-liku macam nak pi Batu Ferringghi.

Pantai Kukup, Jogja.

Pantai Kukup terletak di Desa Kemadang, Kecamatan Tanjungsari, Kabupaten Gunung kidul, Jogja. Di Pantai Kukup lebih ramai pengunjung yang mandi, tidak seperti di Parangtritis, hanya tempat bersantai dan beriadah. Kalau yang mandi pon hanyalah anak-anak kecil. Kelihatan chalet pon ada banyak di sekitar pantai Kukup, dan Matki cakap dia pon pernah tido kat chalet Pantai Kukup bersama kawan-kawan. Cuma Pantai Kukup tidak semeriah Pantai Parangtritis, mungkin kami sampai waktu hampir senja. Deretan kedai cenderamata pon ada disekeliling jalan menuju ke pantai, tapi kedai pon dah nak tutup. Kalau tau, lepak kat Parangtritis lama-lama pon takpe. Huuu. Aktiviti pantai seperti kuda, kereta kuda atau ATV tiada di Pantai Kukup. Hanyalah tempat bermandi manda, dan pantai Kukup yang berpasir putih jauh lebih bersih dari Parangtritis.

Jambatan pendek di Pantai Kukup. Jambatan ni menuju pulau karang kecil, memang disediakan khas untuk pengunjung menikmati keindahan laut. Angin kuat, best! 

Rara, Pantai Kukup, Jogja, 2013

Senja di Pantai Kukup, Jogja.

Senja kami di Pantai Kukup hari tu. Tiada sunset di Pantai Kukup ya. Huu sedih. Terus nekad nak ke Parangtritis lagi, InsyaAllah.


No comments: