Thursday, February 13, 2014

Trip Adik beradik bujang ke Jogja (Jan 2013) Part I

Januari 2013, sampai jugak I ke Yogyakarta (pronounced as Jogja by the locals). Serious cakap, kalau bukan kerana adik buluh betong I study kat sana, Jogja tak pernah masuk dalam senarai tempat yang I teringin nak pi.

Walaupon Jogja memang famous dengan candi-candinya (terutamanya Borobudur, one of the UNESCO sites), tapi ntah, seru tak sampai-sampai. Nak dijadikan cerita, seru I pon sampai pada bulan December 2012, sebulan sebelom kami berlepas. Actually nak pergi tenangkan fikiran yang serabut, terus terfikir..Why not Jogja?

Alang-alang nak jumpa adik, I sms kakak ajak join. Dia OK. Maka terjadilah reunion adik beradik yang bujang di Jogja. Dengan pantasnya I beli tiket Air Asia, tiket berharga RM375 per pax return, including luggage. Mana nak dapat tiket murah kan sebab beli pon sebulan sebelum tarikh berlepas. Tapi sebab dah sampai seru, belasah je la. Air Asia ja yang ada direct flight dari KL to Jogja, so we have no option. Beli tiket and just wait for the day! :)

I did not do much research for this trip. Sebab si Matki ada kat sana kan? I cuma email dia our flight itinerary, and ask him to come out with a full 5 days 4 nights itinerary for our visit. Hehe. Senang! Si Matki yang "rajin" ni pulak pi forward my email kat gf dia, gf dia plak yang buat itinerary , and email I balik dengan itinerary yang lengkap.

I pon review the itinerary, and compare dgn itinerary yang ada banyak kat internet.. and then replied, APPROVED. Wahhhhhhh gitu. hahahaha macam boss kan? Saja feeling2.

Pendek cerita, itinerary trip kali ni dibuat oleh Matki & Amalina. Daripada book supir & car rental, sehinggalah tempat-tempat makan yang best di Jogja. Tugas I dengan kakak hanyalah bayar.

Penginapan kali ni ditaja oleh Matki, kami berdua menumpang di bilik sewa Matki since dia duduk sorang. Dekat dengan bandar, belakang Pop Hotel je dan boleh jalan kaki ke Amanda Brownies (penting ni, favorite!)


Selamat Datang ke Candi Borobudur

Matki, Kak Umie and I at Candi Borobudur.
Tempat wajib kunjung kalau anda ke Jogja.

My brother and me!

Indonesia sememangnya mengenakan charge yang tinggi kepada pelancong asing yang ingin melawat tempat wisata di negaranya. Contoh di Borobudur sendiri pelancong asing dikenakan charge IDR190000 (dekat RM60) berbanding local hanya IDR30000 (tak sampai RM10). Beza banyak kot?

Kat Borobudur I dah gado dengan adik I sebab dia sememangnya dah belikan 4 tiket wisata pada harga IDR30000 menggunakan kad pelajar tapi masa nak masuk tu kena check beg plak. I dah selamat lepas tapi kakak I tak lepas sebab si tukang check beg tu nampak passport merah kakak I dalam beg. Maka.... kami pon terpaksalah keluar dan beli tiket baru! Muahahaha. Malu. Matki plak dok amokan puaka sebab dia awal-awal dah pesan kat kakak suruh bawak copy of passport ja dan tinggalkan passport asal di rumah.

So kalau u olls nak buat konfiden sebagai orang local, dipersilakan. Tapi ok jugak, sebab kalau beli tiket untuk foreigner, anda dapat menikmati sarapan pagi percuma dan boleh songlap mineral water banyak-banyak dalam beg untuk di minum masa menapak kat Borobudur yang besar tu nanti.:)



Selepas melawat Borobudur, kami berkesempatan ke kaki gunung Merapi, dan I rasa this is our travel highlight! Best gila sebab sejuk (kaki gunung kan?) dan stunning view! Di sini, kami sewa pulak jeep ni, harga memang tak ingat but quite pricey but it was a fun fun ride! Best!

Jeep kami. Jangan tertipu, memang sewa jeep ni pakej sekali dengan supirnya ya!

Pit stop

banyak pelancong asing juga

Ada gerai kecil di sini, boleh berehat menikmati angin sejuk. Best!

Alas perut dengan pisang. Banyak juga makanan tempatan lain yang di jual.

Supir jeep di Merapi yang ambil gambar ni.

Di sini kami sempat melawat ke kawasan kampung yang telah musnah disebabkan gunung Merapi yang meletus dan sempat singgah ke rumah penjaga gunung Merapi - tak ingat nama sorry.

I recommend korang pergi ke Merapi kalau berkunjung ke Jogja, memang best! Kakak I sampai sekarang menyesal tak sempat beli tshirt tulis Merapi ehehe Over kan kadang-kadang.

Selesai melawat Merapi, kami turun semula ke bandar Jogja dan terus ke Candi Prambanan.

Out tickets

Candi Prambanan

Time ni kitorang dah penat sangat dan rasa tak sabar nak balik je hahaha. So gambar pon sikit sebab tak de mood. Malam tu selepas makan dan sebelum balik kitorang sempat singgah urut kaki yang dah nak tercabut ni. Overall, kami puas berjalan hari ni! Alhamdulillah diberi kesempatan nak tengok tempat orang dan lawatan ke kawasan kaki gunung Merapi agak menginsafkan. Most importantly, our visits today made me realize that Jogja has many things to offer and I just can't wait for tomorrow! :)




No comments: