Friday, October 22, 2010

Kisah terserempak dengan kekasih lama

My ex boyfriends, they olls semua dah kawen. Sorang anak dua, sorang lagi anak satu. I olls ni cuma ada anak tekak je laaaaaaa. Aci tak? Haha!

Hari tu I ada terjumpa dengan ex bf yang anak dua tu,dia dengan anak bini, dan juga kawan-kawan. Kebetulan kami makan di restoran yang sama di area Damansara. Nak tau apa perasaan I time tu? MALU dan SEGAN. Coihh. Tapi itulah realiti. Malulah dah lama tak jumpa tiba-tiba terjumpa dia dan anak bini. Segan pulak sebab dulu I pernah melepak dengan kawan-kawan beliau so they olls tau dan kenal yang I ni ex gf dia. Malu lagi skali sebab they olls semua dah kawen, masing-masing dengan anak isteri. 

I olls macam biasalah melepak dengan girlfriends gelak huha huha macam pontianak. Agak ngeri di situ.

Dia ada panggil I masa tu, I pulak hanya mampu melambai-lambai dari jarak jauh seperti seorang puteri yang melambai rakyatnya. Kelas tak?

Sekarang I menyesal pulak, DAPAHAL I JADI CAMTU TIME TU. Menggelabah betul. I sepatutnya act professional, tegur macam biasa, berkenalan dengan wife dia, dukung anak dia, dan seharusnya menegur kawan-kawan dia yang kenal I sebagai gf kepada dia DULU. Erk. Geli bila sebut balik! Hahaha 

So next time itulah yang I akan buat kalau terserempak dengan ex bf. Ahaks. I ni kira bernasib baik sebab I dah get over diorang semua so tak de lah drama spektra berlaku contohnya sedih, makan hati sorang2, atau menangis teresak-esak bila terserempak ex bf dengan isteri or partner baru. Fuh! Minta-minta dijauhkan.

Rara says : To all my ex bfs, terima kasih di atas pengalaman cinta :)

2 comments:

abby the drama queen said...

aku cukup tertarik dengan paragraph terakhir tu.. zassssss pangggg !!! :)

RARA said...

opsie! :p