Thursday, October 21, 2010

Al-Fatihah.

My ibu saudara , iaitu adik kandung kepada abah telah pulang ke rahmatullah semalam dalam pukul 7.30 malam. Alhamdullilah, upacara pengebumian berjalan seperti yang dirancang pagi tadi. Jenazah sudah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Dua, berdekatan dengan tempat persemadian arwah nenek, tok nek, tok cik, bapa saudara saya, arwah mak dan juga arwah abang.

I selamat sampai di Butterworth jam 3.30 pagi tadi. I dah berniat nak balik kampung minggu depan untuk ziarah beliau yang sakit, tapi Allah SWT lebih sayangkan beliau. Redha.

Sedih juga kehilangan ibu saudara yang paling rapat. Jasa beliau tidak akan dilupakan, InshaAllah. She is like my second mother to me. Beliaulah yang mengusung I dan adik ketika di Mekah untuk menunaikan umrah, just a few months after arwah mak meninggal. Masa itu, kenangan itulah yang paling terkesan di hati ini. Arwah menggantikan peranan "emak" untuk kami dua beradik yang masih kecil dan baru kematian ibu. Terima Kasih Chu.

Al-Fatihah.

Rara says : Tiada lagi nasik lemak sedap chu tipah yang menjadi kebanggaan kaum keluarga kami. :(

3 comments:

MarlissaMusa said...

kirah,
salam takziah...kesiannya..harap bersabar

RARA said...

tq

mamawana said...

Innaliallah, Alfatihah...