Saturday, September 4, 2010

ramadhan day 25.

Eh jap, dah 25 hari? I lost count sampai terpaksa kira semua dari awal huuu. Sungguh cepat masa berlalu. 

Alhamdulillah, puasa kali ni tak terasa penat sangat KECUALI masa gi jalan TAR Isnin lepas. Hari Isnin pon ramai orang, sungguh tidak faham. I'm done with shopping raya, tapi shopping apalah sangat kan., baju raya dah ditempah, kasut sudah ada beberapa pasang, yang belom dipakai pon ada, tudung raya satu dah beli dr bulan lepas, satu lagi kalau tak sempat beli I bedal je tudung kakak I yang banyak tu ahaks. Pandaikan I berjimat cermat? Bukan apa, baju kurung dan accesories baju kurung ni I jarang sangat pakai untuk aktiviti harian, so I memang kurangkan budget untuk yang itu. Pakailah apa yang ada, wasatiah dalam kehidupan giteww.

I'll be driving back to hometown, insyaAllah this Wednesday with Ienn and Emma, and Didie kalau dia jadi follow. Bestnyaaaaa. Tidak seperti tahun-tahun yang lalu, dah dekat nak raya baru boleh balik. I can't wait. Nak makan kuih raya, rendang, ketupat, lemang dan segalanya lah! Mungkin akan plan berkonvoi hari raya bersama cousins, nak pergi Batu Ferringhi night market dan borong DVD murah dan yang paling penting nak makan nasik kandaq la what else kannnn,?I teringin nak merasa duduk Penang lama sikit kali ni, nasib baik ada adik si peneman kalau tak boring jugak since both my sisters rasanya cuti tak panjang sangat.

Rara says : Malam ni buka puasa with my girls!

No comments: