Thursday, August 19, 2010

ramadhan day 9.

Salam semua, camna puasa ok ke? Stakat ni puasa I penuh lagi ahaks seronoknya. Selama 9 hari puasa baru hari ni berbuka kat luar. Pencapaian yang agak baik untuk orang bujang seperti I :P

So tadi pergi berbuka kat  Kenny Rogers, The Mines, huuuu jauh kan. Sebab nak diskaun hebat punya pasal sanggup merantau. Ada new staff kat department I dulu dia keje kat Kenny Rogers sana, soooo terpaksalah kan. Kitorang pergi berempat, I, Aliya, Dayang dan Fais. Makan sampai terlentang! Surprisingly, jalan tak jem langsung, syukurla dapat berbuka sama dengan orang lain, ingatkan dah tak sempat dah. I siap tapau nugget dari cafe office, takut terperangkap dalam jam huuu.

Ada beberapa perancangan berbuka puasa dengan geng-geng ofis, minggu depan pulak inshaAllah.  Donny nak belanja I dengan Aliya next week! yeyyyy. Walaupon atas paksaan I tak kisah hahahaha. Dan adik beradik ku akan bertandang ke KL katanyerrrr, nak kena buat reservation tempat berbuka puasa nih!

Rara says : Sudah tidak sabar nak balik raya, jangan jeles I cuti raya 10 hari lalalala~

No comments: