Sunday, August 15, 2010

ramadhan day 5.


Kalau kecik-kecik main masak tak boleh makan, tapi bila besar ni seronok sebab bila masak jer terus jadi makanan. Sedap tak sedap belakang cerita ok, yang penting tekak masing-masing sudi menjamah, sudah cukup bagus. Hehehe

I am lucky bcos dikelilingi dengan kawan-kawan yang pandai memasak, compare to myself yang masih lagi dalam proses meningkatkan peratus skill masakan. I kan anak bongsu perempuan, lepas tu pulak ada 3 orang kakak yang semua nya pandai masak, memang goyang kaki ja la kan tengok TV sampai waktu berbuka. Bertuah badan. Ahaks. Tapi bertuah masa kecik2 je la.. Bila dah besar ni tension dengan diri sendiri. Lantas I cuba belajar perlahan-perlahan, terima kasih kawan-kawan atas dorongan. :)

Rezeki murah Ramadhan kali ini, Alhamdullilah. Semalam kami berempat singgah ke rumah Yan untuk berbuka. Sedap nasik lemak Yan, terima kasih! Lain kali jemput lagi heeeeee 

So hari ni selepas appointment ortho di Bangi, kami bertiga (Ienn, Wanny and I) singgah ke Pasar Borong Selangor untuk membeli barang basah. Ienn yang sangat teruja sebab that was her first time. Memang best tengok segala-mala ikan, udang , sotong, ketam, ayam dan pelbagai jenis sayur-sayuran, rambang mata! Haishhh sabar-sabar. Selepas memborong sedikit sebanyak bahan masakan, terus balik ke rumah, dan kali ni I jemput diorang main masak-masak di rumah i pula :)

 Ienn, tukang siang ikan, sebaldi.
Kalau I yang siang, confirm tak nampak rupa ikan dah. Fail! :(
Ikan yang siap disiang, stok untuk seminggu.
Dah macam nak buat laksa.
Wanny plak dok siang sotong, nak buat sotong goreng tepung katanyerrr.
Bistu I buat apa? I senyum sambil bergambar. Hihiks.
Tapi pastu kena paksa dengan Wanny potong sotong. Wanny tengah buat tomyam.
Juadah berbuka Ramadhan yang kelima. 
Jangan terkejut kami makan 4 orang saja dan yang penting HABIS.
Pastu semua terlentanggggggg. 

Rara says : Alhamdulillah. Rezeki jangan ditolakkk :)

10 comments:

aZr|n said...

Alhamdulillah, kenyang. Kaki tak boleh blah!

RARA said...

harharhar. masing-masing dok sidai kaki ataih meja. legaa

abby said...

terlioq! haha. terbaek ah ampa.saluteee

Anonymous said...

penat sgt sampai kaki sidai ats meja!!tapi mmg berbaloi...buka posa ngan u all..

wannymashor

schmellow said...

hi shakira :) i'll link yours to mine ok?

RARA said...

abby : tu la sapa suruh hang p rumah abang hang hhehehe

RARA said...

wanny :sedap kann wanny, puas makan! hihiks

RARA said...

schmellow : mimi! ok i pon add u gak k :)

alya said...

errrrrkkkk habis?
xhairan haha..
hebak ah....aku nk amek hampa jd mak angkat aku weh plssss adopt me haha~

Anonymous said...

1st time try wat sotong celup tepung n as da result sgt hepi...kira ok la licin kot..xdak sapa bising masin..
:)

wannymashor