Wednesday, July 21, 2010

fast forward pls!


Oh kerja! I rasa mau pengsan tadi di ofis. Tapi sempat fikir sapa nak angkat pulak nanti? Ahaks. Too much input kat otak I yang satu ni. Kalaulah otak ni ada komputer kat sebelah yang mentafsir berapa banyak kegunaannya, agaknya komputer itu sudah meletup. Hangus!

Memang I bukan seorang doctor dimana kalau tersalah cara boleh mengakibatkan kematian. Dan I juga bukan seorang engineer yang boleh menyebabkan kerugian berjuta-juta jikalau ada terbuat salah. 

I hanyalah seorang manusia yang ditugaskan untuk  meng-approve personal loan , ye SEORANG (for almost 3 months already!) yang kalau tersalah tekan satu butang akan mengakibatkan kerugian wang dan mungkin kehilangan kerja. Ok jangan cari I kalau nak suruh approve loan, sila isi borang di branch dan ikut procedure yer. Ahaks. And I only entertain Singapore customers only fyi.

Inilah kehidupan. Kerja untuk hidup. Ke hidup untuk kerja? Whatever.

Setiap pekerjaan mesti ada baik buruknya. Kelebihan dan kekurangan. Mungkin lagi banyak risiko, lagi tinggi gajinya. I suka kerja sekarang sebab tiada homework yang perlu di bawa balik ke rumah. Boleh menikmati hujung minggu yang indah bersama keluarga dan teman-teman tanpa gangguan.Walaupun sebenarnya otak ini masih teringatkan kerja yang berlambak di ofis. Teringatkan hal customers. Haih.

Bayangkan jika I dibenarkan work from home, confirm I akan buat kerja sampai tengah malam. Itu sudah pasti.

Tolonglah. 

Otak ini perlu berehat.

Rara says : Is welcoming Aliya to the Approval team :)

No comments: