Thursday, June 10, 2010

Mimpi

I selalu bermimpi. 

Mimpi dikala tidur malam boleh dikatakan setiap hari, mimpi siang apatah lagi.
Tidur 15 minit pon mimpi.

Azroy dah tak larat dengar cerita mimpi I yang funny.
Teman di tempat kerja sangat teruja bila I mulakan topik pagi dengan kisah mimpi.

Kalau mimpi sedih, bangun tidur boleh rasa air mata meleleh di pipi.
Kalau mimpi marah, bangun tidur rasa bengang sampai ke telinga.
Kalau mimpi happy, tersengih-sengih bila bangun pagi.
Kalau mimpi hantu, effect takut tu rasa berhari-hari, gerunnyaaa!

Pelikkah? Entah.
Ada orang pelik I boleh ingat mimpi semalam.
Kadang-kadang masa bermimpi I sedar yang I sedang bermimpi, dan teruskan bermimpi.
Hehe.
Terasa seperti lawak, tapi itulah realiti.

Rara says : Harap mimpi yang indah jadi kenyataan, heh.

2 comments:

I.Q.W.A said...

aku pon selalu mimpi n saiko.. snyum la.. ngs la.. hehe

RARA said...

hahaha gila kan kita?

pelik