Wednesday, June 30, 2010

Doli Keow Teow Goreng

Sesapa yang bercinta/berkahwin I nak tanya, pernah ada masalah tak bila nak keluar makan dengan pasangan? I dengan Azroy selaluuuuuuu! Kadang-kadang sampai bergadoh kecil sebab dah tak tau nak makan apa dan kat mana. Huuuu

So kami buat perjanjian untuk list down tempat-tempat makan di sekitar lembah klang yang menarik bila tengok Jalan-jalan cari makan ke, AFC Taste with Jason , ataupon Warong Kita. Heeee. Baru la banyak idea tempat-tempat makan yang best!

Siapa yang tengok Jalan-jalan Cari Makan @tv3 ahad lepas (27 jun)? I tertengok lantas mengheret Azroy makan di sana, dekat dan harga pon berpatutan.

RM 10 untuk yang special. Udang bersepah2, I loike.
Katanya keow teow goreng ni famous di Taiping, sekarang dah ada di Jalan Wan Kadir 4, TTDI
mee kari juga sedap. RM5.50 sahaja.
tiba-tiba grayscale. This is the best I can do, amik gambar dari camera's phone kan :p 

Rara says : Hobi terkini, memasak! dan makan of course. ahaks

2 comments:

Hannah Johary said...

Oooohh I watched that episode of JJCM too. Baca entry ni rasa macam tengok JJCM lagi sekali pulak. Hehe.

Nak pergilah, since you kata best. :)

RARA said...

Hannah : yes, u should go and try. boleh tahan jugak rasanya :)