Tuesday, March 16, 2010

love story


Mungkin ada yang perasan, I kurang bercerita tentang kisah cinta. Bukan tak mahu, tapi tak tahu macamana nak mula. Tak tahu yang mana sesuai dikongsi untuk tatapan semua. I lebih selesa untuk keep the story to myself, tapi bila baca kisah orang bercinta kat blog, I teruja! How I wish I can write like them. Masing-masing excited bercerita tentang saat-saat gembira bersama pasangan. Tentang perasaan. Dan ada juga yang berkongsi kisah duka.

I ni memang tak romantik. Tak pandai nak buat ayat sweet2 untuk boifren. Kesian kan. Tapi kira adil la sebab beliau pon sama. Haha. Kami tak gayut kat phone lama2. Bil telefon I pon sikit. Dan kami jarang jumpa walaupon tak jauh mana. Tak larat la nak dating setiap minggu. Tapi kalau sekali sekala jumpa mesti nak berkepit. Ehem.

I dengan dia memang kontra. Dia orang kampung ( amboi kata kat orang ), suka makan nasik. Setiap kali dating nasik nasik nasik nasik nasik! Penat. Dia suka makan nasik kandaq, tak larat dah I nak pi makan kat mamak. I pulak orang kampung perasan bandar (sedar diri), I suka makan western. Bukanla tak mau makan nasik langsung, tapi setiap hari dah makan nasik masa lunch kat terminal, so sekali sekala dating mahu berubah angin pulak kan. Tapi, beliau tak mau! Nasib baik I jenis tak memilih makan, dan nasib baik I ni hantu tosei. So kalau ke mamak, I akan order tosei planta. 

Boifren I walaupon family dia menetap di KL, tapi mereka sekeluarga memang practice cakap utara. His parents originally from Kedah. Dia kalau cakap utara dengan I memang I malu nak jalan dengan dia, punya dalam! Haihhhhhhhhh. I akan cakap " kan dah janji tak nak cakap kodiang lagi! " dan beliau akan terus minta maaf dan cakap KL dengan segera. Ahaks. Tapi kadang-kadang bila I tegur kedalaman beliau berbahasa utara, beliau akan reply " I geram " haha sangat cute. Biasalah orang utara ni kalau tengah geram atau marah memang kena cakap dalam bahasa utara jugak untuk melempiaskan perasaan marah tu. Kalau tak, tak puas. Setuju?

 
Rara says : Yang sebenarnya rindu sama I punya bucuk!


5 comments:

muhamadakmalwahab said...

biasa la tu...
tapi kena accept pasangan kita seadanya...biaq pi la dia nak cakap kedah skali skala...baru best...hehehe...aku pun orang kampung gak...skali aku cakap kedah orang terbeliak biji mata sebab depa memang tak bajet aku orang utara...boleh tak...sengal betul...

MarlissaMusa said...

wey...comels!haha..dia cakap utara cam kita-kita dok cakap ka? atau lagiiii dalam lagi?

hehe..steady la!

alya said...

mamak kl xkaw mcm mamak png kot.... :)
nk mrh mmg kena ckp slang utara kalau x xfeeling siotttt haha!
agree kn?

RARA said...

akmal : to be honest aku memang selesa dapat boipren yang boleh adapt dengan sifat keutaraan aku yang tebal nih. ahaks.

aku rasa orang kedah mmg cakap dalam! hahahaahahahaha

marlissa : dia cakap utara macam kita la. dan yang penat, lagi DALAM!
sampai ada certain words aku tak pernah dengaq pon ada.

alya : mamak penang memang la terbaik dalam dunia.

kalau marah tak cakap utara kira macam tak marah la tu.

cuba bayangkan marah dalam bahasa key ell? itu bukan marah, itu mengomel :P

azrin said...

awat aku terlmabat baca nih. so sweet. pa pun loghat kokdiang memang terbaik. *tumpang lalu orang kokdiang