Thursday, February 4, 2010

tak semestinya semua yang dirancang akan menjadi


My crap for today.

Semangat berkobar-kobar I dan Aliya untuk ke Sunway Lagoon Sabtu ini musnah. Hancur berderai menjadi debu. Sangat puitis kan?.

We gonna have a small R&R and the first team building for 2010 at Sunway Lagoon this Saturday, fully sponsored by the company. Malang tak berbau, I masih berada dalam keadaan weng dan tidak pulih sepenuhnya dari demam yang menyebabkan I mengambil MC di awal tahun! Magic sangat kan. Furthermore, Aliya is still warded, so she might not join us. Even if she join us, takkan baru lepas operation dah berendam dalam air kan? Logik skit pleaseee. But our friend, Kacang (Kacang is a name) still wants Aliya to come and WATCH us playing in the water. Budak Kacang ni memang jahat mahu cari pasal dengan orang sakit! 

Mungkin sebab over excited kot sejurus saja bos mengumumkan our R&R will be held at Sunway Lagoon a month ago. Tapi kita harus terima, tak semestinya semua yang dirancang akan menjadi. (buat terok macam sesuatu yang sangat besar kan?)

Alhamdulillah kesihatan I semakin pulih. Kadang-kadang pening datang menjelma di kepala otakku ini. Kat ofis tadi, I dah macam orang gila. Kadang-kadang ketawa dan boleh buat lawak, kadang-kadang duduk depan computer sambil picit kepala supaya fokus melihat screen. Pening! Bertambah pening bila bahu dan leher sakit, salah bantal rupanya! Mau tak salah bantal, semalam I asyik tidur dan bangun dan tidur tidur tidur, kesan pengambilan ubat. 

Nasib baik boleh bertahan sampai ke petang. Syukur. Nak tengok side mirror kereta pun sakit wei! Kepala I dah jadi macam robot. Hajat di hati nak melawat Aliya di hospital tapi tak terdaya nak memandu dari Cyberjaya ke Damansara. Dah puas bergadoh dengan Kacang suruh dia drive kereta I, tapi katanya dia pon mengantuk semalam tidor lewat main futsal. Kacang ni kalau bab bergadoh no satu!


Sakitnya leher, dah tampal 2 koyok ni. Harap-harap esok boleh baik!

Ok bye!

2 comments:

Ezza said...

weh..hari tu aku seminggu jd robot..gila sakit..nk toleh kanan kiri atas pun sgt seksa..bawak keta payah time nk kluaq simpang..kena pusing satu badan kut.crazy!

then pi klinik ambik obat..bila 3 hari masih xbaik..aku pi klinik kali ke-2..dia ckp kalau xbaik gak kena pi x-ray..huhuii..2 hari lps tu dah baik.nasib baik.

time sakit leher tu..aku duk bayang crita shutter!..errkkk

RARA said...

Ezza : nasib baik pagi ni leher ni dah ok! tampal koyok memang banyak membantu.

aku pon dok rasa hantu shutter dok kat leher aku! waaaaaa