Wednesday, October 28, 2009

oh cinta

Cinta oh cinta
Bukannya mudah untuk mencari cinta
Atau mencari orang yang kita boleh jatuh cinta
Atau membuatkan orang yang kita cinta itu mencintai kita

Paling bertuah jika ada yang sudi mencintai kita, sepenuh hatinya.

Sudah tiga kali aku mencuba tapi semuanya tak berjaya.
Tipulah kalau aku tak kecewa
Seolah-olah patah sayapku bila kehilangannya
Tapi ini lumrah dunia
Hidup mesti diteruskan jua
Luka dihati terubat dengan sendirinya

Lalu pengalaman dijadikan teladan dan juga sempadan
Untukku bezakan yang mana intan yang mana berlian

Tapi Allah maha adil bukan?

Ditemukan juga aku dengan sang arjuna
Yang tak pernah terlintas difikiran akan ku bertemu dengannya
Terima kasih wahai dunia maya

Namun,
Bukan senang untuk aku berkata Ya selepas 3 tahun menjanda
Pengalaman mengajarku berfikiran lebih dewasa
Aku mahu cinta yang kekal selamanya
Bukan sekadar hanya untuk suka suka

Lantas,
Pelbagai persoaalan bermain di minda
Adakah dia orang nya?

Yang abah pohon di Jabal Rahmah dalam doanya?
Yang ada dalam list "my future husband must-have-criteria"?
Yang sanggup bersusah senang denganku sampai bila-bila?
Yang setia temani aku sampai hujung nyawa?

Macam macam kan. Dunia oh dunia.

Kalau kita tak mencuba, macam mana kita nak tau hasilnya.


Hmmmph.

Maka ku katakan Ya.
Sambil hati kecilku berdoa.
Semoga kali ni aku berjaya.


Terima kasih Tuhan.
Kerana anugerahkan aku cinta.
Kerana kirimkan aku dia.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.



Dia.


Kalian semua, doakan kami bahagia ya!

:)


p.s : ignore jerawat batu di muka I, kahkahkah. Rasa hebat plak bila berpuisi sekali skala.

20 comments:

mat aki said...

yhahaa..cepat2 kawen!!

cik ienn said...

so swwwwwwweeeeeeetttttt

RARA said...

mat aki : kawennnn? nanti dulu kott

cik ienn : Thanks darling! wei rindu ang XOXO

ayu nadyera said...

so sweeeet! dah trase nak makan nasi minyak nehh. hehe ;)

abby happy for rara said...

there u go. im happy for u buddy.
terasa mcm diri ini pon turut sama merasai cinta apabila kwn ku sedang bercinta. ditambah pulak dgn lagu terlanjur cinta ni. gegaq jantung aih.
ang sudah jumpa soulmate, tlg doakan jodoh aku pulak k. amin.

mintak2 doa makpak aku di Jabal Rahmah nnt termakbul. haih.

p/s: aishah mtk aku jd pengapit dia bulan 2 taun dpn. pengapit lagi!? suwey ! damn it. aku ckp xtau lg.

Anonymous said...

aku doakan smoga jodoh korang kekal..bila lagi nk kenalkan sidia..t8care

wannymashor

RARA said...

ayu : lambat lagi kot ayu. doa2kan kak wa jodoh cepat kihkihkih

abby : suruh pak abs doa yang baik2 aja.. insyaAllah.

kalau rasa tamau jd pengapit bg la alasan yg munasabah. tp she's ur cousin. nnt terasa plak.

wanny : nnt bila sampai masa aku kenalkan k.. insyaAllah. the time will come.

skrg ni biarlah aku semaikan hormon2 cinta aku dengan dia dulu ahaks

over kannnnnnnn

alya said...

auwwww so sweet!! :)
congrats sbb dh temui si dia..well life is like gambling kn? kita xtau who is our mr.right so we have to take that risk tp lps dh tapis semua ciri lh...

ayu nadyera said...

jodoh cepat untuk kak wa?
ameeeeen :)

MarlissaMusa said...

todia...dia tayang dah..so sweet..smoga berkekalan!

RARA said...

alya : u are absolutely correct. terpaksalah jugak jadi risk taker dalam bab cintan cintun ni kan

ayu : ameen jugak :)

marlissa: bagilah chance aku tayang plak, asik ang ja dok tayang gambar bf ang kannn

nea mora said...

adohhhhhhhhhhhhhhh. i feel u. haaaahahaha

eiz said...

wuhuu~ go girl! jgn mudah putus asa =)

aby -> jgn risau..masa hg akan sampai jua ok..will support u always..muah!

mat aki said...

jom kita lawan sapa yg kawen dl...eheee~ =P

muhamadakmalwahab said...

wah udah ketemu...
so konfem lah 2011 ini???
hahahaha

wawan said...

at last.. tgk jgk muka bliau!
yay!
suka kwn² kian bahagiaaaa

RARA said...

nea mora : ehem2! besala dah lama tak bercinta tiba2 bercinta jadi sawan skit

eiz : insyaAllah! and to abby, ang pon akan jumpa nanti! ada tuuu dok tungguu

mat aki : kau memang galakk! tah2 menikah awai dr aku!!

akmal : 2011? hmmmmmmmphh! tengoklah nanti ye!

wawan : thanks! doaakan aku bahagia macam hang jugak! :)

intan Norafzan said...

wah so sweet la this post!
rasa cm terbuai2 kejap hehe
bdw i'm soo hepy u'd found the one for u.
smoga si dia tu tak menyakiti hati ampa oke!!!
ngee!!!

RARA said...

kintan : thanks u sis! doakan kami ye :)

intan Norafzan said...

of kos i will:)
hepy2 slalu k babe!