Saturday, February 28, 2009

Rara sangat busy dan sudah bersedia.


Mana Rara menghilang? Jangan risau dia masih ada.
Cuma bz skiiit ja. Hihi.


Hobi terbaru saya ialah makan. Setiap hari I had at least 3 meals without failed.
Seronokkk. Rasanya Raralicious hampir bertukar menjadi blog makanan atau Delicious? (ehh tiru) Saya rasa macam nak letak semua gambar makanan yang saya makan, sebab semua sedap-sedap (ataupon nampak sedap) tapi saya tak punya cukup masa untuk melepak atau melayan blog sendiri, apatah lagi mengupload gambar ke blog. (transfer dr camera pon belom) So, mungkin nanti atau mungkin ianya akan saya simpan dalam ingatan saya seorang sahaja. (maksudnya malas)

March hampir tiba, dan Alhamdullilah saya masih hidup, dan yang paling penting berada dalam keadaan sihat sejahtera. Kehidupan makin sempurna, sekurang2nya saya rasa gembira, dan orang-orang di sekeliling saya happy dan saya rasa itu sudah cukup.

Hobi berkaraoke dan menonton wayang di pawagam-pawagam berdekatan dijalankan secara berleluasa dan tak perlulah saya bercerita tentang kisah tragis saya dan rakan-rakan selepas selesai berkaraoke di Red Box the curve di waktu hujung bulan di mana waktu tersebut kebiasaan orang yang bekerja makan gaji (macam saya dan rakan2) dah tak berapa nak lebat sangat la poket kot? (Ok saya bagi hint: LANGSUNG MASUK PENJARA)

Hahaha.

Semua yang dirancang Alhamdullilah berjalan dengan lancar walaupon saya terpaksa bergadoh dengan boss sampai hampir menitiskan air mata di depan khalayak ramai. (Kau ado?)
Jangan risau, kalau saya kalah sekalipon saya akan hire seorang lawyer yang paling hebat seantero dunia ini iaitu Saudara Donny anak Piri, rakan saya, lulusan undang-undang dari Universiti Malaya dan saya sangat pasti saya akan menang tanpa bertanding sebab pihak lawan takot nak masuk court.

HAHAHAHA lagi (apa kau merepek ni syaiton)

Saya jugak sedang keliru sebab terlalu banyak pilihan yang perlu saya buat. So terbuktilah salah anggapan saya masa saya kecil dulu, ropa2nya jadi orang dewasa dan bekerja adalah sangat TAK BEST (atau tak best langsung). Saya lebih suka jadi pelajar sekurang-kurangnya saya tak perlu merancang kehidupan dan perbelanjaan sendiri and paling best boleh menghabiskan duit biasiswa ataupon pinjaman. (kau setuju?)

Saya tengah tunggu Aliya and adik beliau Yana (so sebentar lagi saya akan mengeluarkan tagline kepada mereka "JANGAN BERGADUH"), kami ada plan menarik petang ni, melawat butik-butik pakaian feng tau yang best di sekitar Bukit Bintang dan ada sedikit motif tersembunyi di sekitar Low Yatt Plaza. (oopsie!)

Ehhh, saya nak cari selipar buaya!

HIHIHIKS


So anda rasa saya gembira? or GEMMMMbira!

=)


eh lagu kat blog saya ni best sangat rasa cam nak menari2 sambil tengok cermin

2 comments:

forheavencake said...

eh..tolong la updet anda mkn apa yg sedap2 tuh.saya kan pemakan tegar seperti anda.marilah kita sama2 kongsi pengalaman.:)

alya said...

erkk gmbr coming soon!!
sgt bz so xd masa mao upload hehe
bdw what what a weekend
except part 3 jm d car park ye
p/s:ank aku confirm suka aunt rara nnt sbb suka bw jln2 haha